Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Mayat Pembunuh Bersiri Bertukar Hijau!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pembunuh Bersiri
California – Seorang banduan yang juga pembunuh bersiri ditemui mati di dalam bilik lokapnya, namun mengejutkan apabila mayatnya berwarna hijau.

Richard Ramirez, 53, yang berada di penjara selama 24 tahun bagi menunggu hukuman mati itu, dipercayai mati akibat kegagalan fungsi hati.
Pembunuh bersiri berkenaan yang akan meninggalkan lambing syaitan selepas membunuh 13 orang meninggal dunia di atas katil di Hospital Marin County.
Menurut New York Post, biarpun kematiannya akibat penyakit hati, namun punca sebenar tidak akan didedahkan berdasarkan kepada undang-undang privasi.
“Warna mayatnya adalah hijau. Dia kelihatan seperti pen Highlighter berwarna hijau,’’ kata akhbar berkenaan.
Ramirez, seorang pemuja syaitan telah melakukan pembunuhan dengan memasuki rumah mangsa melalui pintu atau tingkap yang tidak berkunci.
Dia ditangkap pada 1985 selepas dipukul oleh penduduk ketika cuba mencuri kereta.
Dalam perbicaraannya yang berakhir pada 1989, mahkamah dimaklumkan bagaimana Ramirez telah membunuh mangsanya dengan kejam hinggakan mata seorang mangsa telah dikorek manakala kepala seorang lagi mangsa hampir putus.
Dia juga telah memukul mangsanya dengan kejam dan dilaporkan telah melakukan hubungan seks dengan mayat seorang wanita tua yang menjadi mangsa kekejamannya.
Simbol syaitan pula telah ditinggalkan di lokasi pembunuhan manakala sesetengah mangsa telah dipaksa bersumpah dengan nama syaitan sebelum mereka dibunuh.
Kes perbicaraannya yang memakan masa selama empat tahun itu juga merupakan perbicaraan kes jenayah paling lama dalam sejarah Amerika Syarikat dan kira-kira 1,600 juri telah dipanggil.
Pada 1996, Ramirez telah mengahwini editor sambilan sebuah majalah, Doreen Lioy di bilik tamu di penjara San Quentin.
Lioy disifatkan oleh saudara maranya sebagai seorang yang suka menyendiri dan hidup dalam dunia fantasi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments