Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Jumpa Mayat Reput Di Pantai Kelanang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Mayat
KUALA LANGAT – Niat seorang pengunjung Pantai Kelanang yang mahu mencari kayu untuk dijadikan unggun api terbantut apabila dia menemui mayat hampir reput, kira-kira 100 meter dari tapak perkhemahan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, mayat lelaki tempatan yang ditemui kira-kira jam 5.15 petang itu lengkap berpakaian kemeja T coklat berjenama Nike dan berkain pelikat merah.
“Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam dua hari lalu, berdasarkan keadaan mayatnya yang hampir reput.
“Terdapat lima kesan tetakan senjata tajam di kepala dan muka serta satu di hidung mangsa, selain tiga kesan lebam di paha kiri dan perut dipercayai dipukul dengan objek tumpul,” katanya.
Menurutnya, tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mangsa
“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu disamun sebelum dibunuh berdasarkan barang peribadinya yang didapati hilang.
“Mangsa dipercayai warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG di bahu kiri dan berbangsa India,” katanya.
Beliau berkata, siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan bedah siasat akan dijalankan hari ini, di Hospital Banting.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.Nordin. – Sinar Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments