Walaupun begitu, Kak Pah enggan mendedahkan siapakah gerangan artis baru tersebut dan mengatakan dia berasa kesal kerana masih ada anak seni yang sombong kerana status dan kekayaan yang dimilikinya.
“Memang saya pernah jumpa beberapa kali artis ini. Tapi sikap sombong yang ditunjukkan olehnya memang buat saya kecewa sampai nak hulur tangan bersalam dengan orang lain pun tak mahu.
“Hidup jangan meninggi diri. Kalau sampai tak mahu salam, tegur orang sebab dia kaya raya, apakah ertinya? Orang macam ini tak layak digelar anak seni pun sebenarnya,” katanya memetik laporan Utusan.
Siapalah artis baru yang dimaksudkan oleh Kak Pah itu ya?
Moga-moga artis itu berubah sikap dan sebagai seorang anak seni, seharusnya dia pandai membawa diri apatah lagi menghormati orang yang sudah lama berada dalam industri hiburan tempatan.
No comments
Post a Comment