Tidak cukup dengan menggunakan krim dan ubat-ubatan, malah ada yang sanggup menanggung risiko dengan membuat pembedahan memasukkan silikon dalam payudara masing-masing.
Tetapi bagi Rachel Aldana, dia semakin bingung dengan payudaranya yang semakin membesar dan membesar….sehingga kini ia sudah mencapai ukuran 30L!
Dia yang baru berusia 24 tahun mengakui, keadaan tersebut membuatkan dia semakin risau.
“Saya takut apa lagi yang akan terjadi selepas ini, kadangkala saya terfikir yang saya ini ibarat ‘payudara berjalan’.
” Yang kelihatan menonjol cuma payudara saya,” katanya pada Thesun.co.uk baru-baru ini.
Karena ‘asetnya’ itu, Rachel menjadi pemilik payudara alami terbesar kedua di Britain.
Sebelum ini seorang wanita berkulit hitam, Donna Jones mengejutkan ramai pihak kerana disahkan mempunyai payudara berukuran 40M.
Dalam pada itu, Rachel tidak dapat menyembunyikan kerunsingan mengenai keadaan dirinya itu.
“Saya khuatir tidak lagi mampu berjalan atau berdiri suatu hari nanti,” ujarnya.
Menurut Rachel, keturunan keluarganya memang berpayudara besar.
Ibunya memiliki payudara berukuran 30K tapi akhirnya berjaya ‘diperkecilkan’ kepada saiz 30C melalui satu pembedahan.
” Terus terang, adalah satu seksaan kerana memiliki ‘monster’ ini,” katanya.
Walaupun merasa terseksa karena sering mengalamai kesakitan di bahagian punggung, Rachel takut untuk menjalani pembedahan seperti mana yang dilakukan ibunya.
Ketika ditanya mengenai teman lelakinya, Rachel bersyukur kerana mempunyai kekasih yang cukup ‘supportive’.
Dalam erti kata lain, kata Rachel, mempunyai payudara yang besar bukanlah satu isu buat kekasih kesayangannya itu.
No comments
Post a Comment