Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Sepasang naga pernah sepanjang 40 Meter muncul di Kalimantan Timur?!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter.Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.
Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.

Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan. Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.

"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu.

Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera. Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan.

Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk.

Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments