Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] 9 Pasangan Selebriti Dan Atlet Popular di dunia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


9 Pasangan Selebriti Dan Atlet Popular
Tidak dinafikan golongan yang bergelar selebriti, ahli politik dan atlet sentiasa dikelilingi dengan pancuran keglamoran dan kemewahan hidup yang didambakan oleh setiap insan di luar sana.
Malah disebabkan gaya hidup yang lebih kurang sama, terdapat segelintir daripada mereka yang mendirikan rumah tangga serta menjalinkan hubungan percintaan di kalangan selebriti dan atlet itu sendiri.

9.  Carrie Underwood – Mike Fisher.
1
Carrie Underwood merupakan pemenang American Idol musim ke empat pada tahun 2005, manakala suaminya Mike Fisher merupakan seorang pemain hoki ais yang bermain untuk kelab The Nashville Predators.  Pasangan romantis ini mula berpacaran pada tahun 2008 dan akhirnya berkahwin pada 10 Julai 2010 di Reynolds Plantation yang terletak di Greensboro, Georgia.
8.   Zuleyka Rivera – Jose Juan Barea
3
Jose Juan Barea atau lebih dikenali sebagai J.J Barea merupakan pemain bola keranjang bagi pasukan The Minnesota Timberwolves sementara pasangannya merupakan Miss Universe 2006 iaitu Zuleyka Rivera yang juga pelakon di negara kelahirannya, Puerto Rica.  Pasangan sama cantik sama padan ini mula berhubungan sejak 2010 dan kini telah memiliki seorang anak yang bernama Sebastian Jose Barea Rivera yang dilahirkan pada 18 Februari tahun lalu.

7.  Khloe Kardashian – Lamar Odom
2
Siapa yang tidak kenal dengan ahli keluarga Kardashian ini?  Khloe merupakan adik kepada Kim dan Kourtney dan mereka merupakan bintang program realiti yang berjudul Keeping Up With The Kardashians yang disiarkan di saluran E!.  Sementara suami Khloe, Lamar Odom merupakan pemain bola keranjang untuk pasukan terkenal LA Lakers.  Pasangan bahagia mendirikan rumahtangga pada 27 September 2009.
6.  Adriana Lima – Marko Jaric
6
Adriana Lima merupakan salah seorang supermodel bagi jenama pakaian dalam terkenal Victoria Secret sementara suaminya, Marko Jaric pula merupakan seorang atlet bagi acara berbasikal yang berasal dari Serbia.  Pasangan ini telah bernikah pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang anak perempuan, Valentina Lima Jaric, 4, dan Sienna, setahun.
5.  Shakira – Gerard Pique
11
Penyanyi Shakira dan pemain kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC, Gerard Pique sudah berhubungan sejak tahun 2011.
Pasangan romantis itu telah bertemu buat pertama kali di Afrika Selatan di mana Shakira ketika itu tampil membuat persembahan pembukaan untuk Piala Dunia.  Juri program realiti The Voice musim keempat ini memang sinonim menyanyikan lagu-lagu yang berkaitan sukan bola sepak apabila lagunya Waka-Waka dijadikan lagu tema Piala Dunia tahun lalu.
Hasil perhubungan itu, mereka kini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Milan Pique Mebarak.
4. Gisele Bunchen – Tom Brady
4
Supermodel kelahiran Brazil ini telah berkahwin dengan Tom Brady yang merupakan pemain Amerian Football pada 26 Februari 2009.  Sebelum berkahwin, Gisele pernah berpacaran dengan aktor popular Leonardo Dicaprio namun hubungan mereka nyata tidak bertahan lama.
Hasil perkahwinan mereka, Gisele dan Tom dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Benjamin Rein Brady, 4, dan Vivian Lake Brady, setahun.
3. Nicole Scherzinger – Lewis Hamilton
7
Jaguh Formula One, Lewis Hamilton mula menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi utama Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger sejak dari tahun 2007 lagi.
Setelah enam tahun berpacaran nampaknya masih belum ada tanda-tanda mereka mahu mengakhiri hubungan ini ke fasa yang seterusnya.
2. Christiano Ronaldo – Irina Shayk
9
Siapa yang tidak mengenali Christiano Ronaldo pemain kacak dari kelab Real Madrid ini.  Sebelum ini dia memang dikenali sebagai buaya darat atau playboy di kalangan peminatnya.
Kini dia menjalinkan hubungan dengan model Rusia, Irina Shayk.  Kita tunggu dan lihat saja sejauh mana hubungan mereka berdua ini nanti kerana sehingga kini masih belum ada tanda-tanda mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.
1. David Beckham – Victoria Beckham
8
Rasanya mereka ini memang layak digelar pasangan selebriti dan atlet paling popular seluruh dunia! Gaya rambut dan pakaian pasangan ini sentiasa menjadi ‘trendsetter’ kepada peminat mereka di luar sana. Setiap kali mereka membuat penampilan di khalayak umum, pasti lensa kamera tidak putus-putus dihalakan kepada mereka.
Pasangan yang saling melengkapi ini telah berkahwin pada 4 Julai 1999 dan mereka telah dikurniakan empat cahaya mata yang kini sedang meningkat remaja iaitu Brooklyn, 14, Romeo, 11, Cruz, 8 dan Harper Seven, setahun.
Malah salah seorang anak mereka, Romeo kini turut bergelar model selepas terpilih menjayakan kempen bagi jenama pakaian terkenal, Burberry.
Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments