Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Persembahan Artis K-Pop Di Genting mei ini!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Persembahan Artis K-Pop Di Genting
KUALA LUMPUR – Artis K-Pop dari Korea, Sistar, 4Minute, Brown Eyed Girls, Born to Beat dan G.Na akan membuat persembahan di Arena of Stars Resorts World Genting pada 23 dan 24 Mei ini.
Genting dalam satu kenyataan media memberitahu, penampilan artis K-Pop terbabit bersempena K-Pop Dream Concert Live in Malaysia yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam.
Menurut kenyataan itu, konsert anjuran Esteem Pavilion Sdn. Bhd. itu menawarkan tiket-tiket pada harga RM800 (VIP), RM688 (Rock Zone), RM650 (PS 1), RM400 (PS 2), RM290 (PS 3) dan RM100 (PS 4).
Lebih menarik, kata kenyataan itu, seramai 500 pembeli pertama tiket konsert tersebut akan menikmati diskaun tiket sehingga lima peratus.
Justeru, kata kenyataan itu, orang ramai terutama peminat K-Pop yang mahu menyaksikan persembahan itu boleh membuat pembelian tiket di talian 03 9222 8811 dan 03-2718 1118.
Tambah kenyataan itu, orang ramai boleh juga melayari laman web www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments