Fergie yang kini sedang hamil tiga bulan hasil perkongsian hidupnya dengan suami, Josh Duhamel turut mengalami perkara biasa yang berlaku kepada ibu mengandung iaitu dia sekarang sangat gemar makan buah-buahan.
Menurut sumber Eonline, Fergie berkata, “saya kini gemar makan buah-buahan, lebih banyak daripada ketika diri saya belum hamil lagi. Buah-buahan yang saya gemar ialah mangga, betik dan apa saja buah yang berjus dan manis”!
Selain itu, Fergie juga berasa sangat bertuah kerana suaminya sentiasa berada di sisinya sepanjang tempoh kehamilannya.
“Josh sangat mengagumkan, dia sangat baik malah dia gemar menyanyi dan bercakap dengan perut saya sepanjang masa. Saya berasa sangat bertuah kerana dia memang melayani saya dengan baik sekali,” katanya lagi.
Fergie juga mengatakan buat masa ini dia sedang berehat panjang dalam bidang seni kerana ingin memberi tumpuan kepada kandungannya dan bakal bergerak aktif selepas kelahiran anaknya kelak.
No comments
Post a Comment