Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelajar anjur 30 minit berbogel di perpustakaan agar ramai pengunjung!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sudah hampir dua tahun sebuah kelompok mahasiswa di Worcester College, Oxford University, United Kingdom, mengadakan program unik untuk meramaikan perpustakaan. Mereka yang tergolong dalam 'Breakfast Club' itu membuat jadual rutin membaca atau menyiapkan tugas kuliah di perpustakaan, tanpa mengenakan pakaian.
Apabila program bertajuk 'Half-Naked Half-Hour' berjalan, mereka akan menanggalkan pakaian sebelum berjalan-jalan dengan para pengunjung perpustakaan. Program tersebut berlangsung selama 30 minit, antara pukul 15.00 sampai 16.00, setiap Rabu.

Program itu bermula dari idea gila. Saat itu sejumlah mahasiswa merasa penat dengan aktiviti kajian tugas menjelang penukaran semester di perpustakaan. Mereka lalu terfikir untuk merubah suasana perpustakaan yang membosankan menjadi suasana belajar yang menarik.

Tidak disangka, program itu mendapat sokongan sejumlah mahasiswa. Sekitar 40 mahasiswa, lelaki dan wanita, bergabung untuk menjayakannya. Malah, sejumlah petugas pejabat kerajaan kerap melawat mereka dalam rangka kunjungan ke universiti-universiti.

Di saat program yang mulai menjadi tradisi itu, pejabat komuniti perpustakaan mengirim surat bantahan kepada para mahasiswa. Meskipun perpustakaan menjadi ramai, mereka melihat aksi itu akan mengganggu pengunjung perpustakaan lain yang memang serius ingin membaca dan belajar.

Dalam emailnya kepada para mahasiswa, mereka mengingatkan bahawa, "berbogel selama setengah jam memang nampak menyenangkan dan tidak berbahaya. Tetapi kami meminta anda untuk menghentikan aksi tersebut di perpustakaan. Jika tetap diteruskan, kami akan memanjangkan masalah ini ke Dekan."

Mereka juga memberi teguran keras kerana aksi itu dilakukan tanpa izin petugas perpustakaan. "Sangat tidak sopan untuk suatu kelompok melakukan sesuatu di perpustakaan tanpa seizin kami," kata seorang anggota komuniti perpustakaan, seperti dikutip Daily Mail.

Berikutan larangan itu, sejumlah anggota 'Breakfast Club' bereaksi tidak mahu mengaku kalah. Mereka lantas mengatakan larangan yang disampaikan komuniti perpustakaan tidak berasas. Mereka merasakan bahawa program yang mereka anjurkan telah menjadi sebuah kejutan besar bagi kampus sehingga semakin ramai dikunjungi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments