PITTSBURGH - Seorang guru lepasan Universiti Pittsburgh yang gementar ketika dia mahu mengajar bertindak membuat dua panggilan bom palsu supaya kelasnya dibatalkan, kata polis univversiti tersebut.
Akhbar Pittsburgh Post-Gazette kelmarin melaporkan, guru itu, Nancy Bruni, 34, didakwa oleh polis Pittsburgh awal minggu lalu dengan dua dakwaan.
Dia dilaporkan membuat satu panggilan ugutan dan meninggalkan satu nota tentang bom di dalam sebuah tandas kampus.
Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya mengesan panggilan yang dibuat Bruni dan dia dikatakan mengaku membuat kedua-dua ancaman tersebut.
Bruni memberitahu, dia menghadapi masalah kebimbangan, tekanan dan gangguan keterlaluan serta terpaksa berhenti mengambil ubat kerana insurans kesihatannya sudah berakhir.
Polis dalam satu aduan berkata, kebimbangan Bruni menyebabkan dia mencari jalan untuk membatalkan kelasnya yang bermula dari pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam waktu tempatan.
Wanita itu pada mulanya marah apabila polis kampus tidak memberi amaran kepada penuntut selepas ancaman telefon tentang bom tersebut dibuat.
Ia sekali gus menyebabkan Bruni meninggalkan satu nota dengan menyatakan dua butir bom akan diletupkan di Dewan Posvar pada 20 Mac lalu. - AP
No comments
Post a Comment