Sebelum ini Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman pernah berduet dengan Flo Rida, Colby O’Donnis dan Jay Park.
“Kalau ada peluang, saya teringin juga nak berkolaborasi dengan Justin Timberlake (JT). Ya, saya memang nak dengan dia! Saya juga sangat meminati Ludacris, dan mungkin dengan Janet Jackson,” katanya yang dipetik menerusi Malaysian Digest.
Tetapi penyanyi itu sempat berseloroh dengan mengatakan dirinya perlu terlebih dulu mengumpul duit sebelum melamar suami kepada Jessica Biel menjadi rakan duetnya bagi album yang akan datang.
“Saya rasa kalau nak tawarkan dia, saya kena kumpul banyak duit dulu lah kan,” jawabnya sambil tergelak.
Apa-apa pun semoga impian isteri kepada penyanyi Noh Hujan itu terlaksana serta terus mencipta lebih banyak karya yang mampu mengangkat nama negara ke mata dunia.
No comments
Post a Comment