Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Jenama Pakaian Sazzy Falak Bakal Ke NY!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sazzy Falak
Jenama pakaian yang diusahakan oleh pelakon Sazzy Falak iaitu SF by Sazzy Falak bakal melebarkan sayapnya ke negara Uncle Sam pada September depan.
Perkara ini disahkan sendiri oleh aktres itu kepada Utusan dengan berkata, “sekarang saya dan pasukan saya sedang memberi fokus utama pada pertunjukan fesyen itu dan kita akan cuba memperkenalkan batik yang diberi nafas sesuai dengan jenama pakaian saya”.
Jenama SF by Sazzy Falak telah terpilih menyertai Plitzs New York Fashion Week pada 7 dan 8 September ini sekali gus membuka ruang kepada aktres itu mengembangkan perniagaannya serta jenamanya ke sana.
Ibu kepada dua cahaya mata kembar, Tiara Rose dan Imaan Lily itu mengusahakan jenama pakaian kasual sertai santai yang sering diterapkan dalam gaya pakaian jalanan orang-orang barat.
Pakaian di bawah jenama pelakon comel itu juga kebanyakannya adalah bercirikan imej serta perwatakan Sazzy yang sememangnya dikenali sebagai salah seorang artis yang gemar bergaya serta tidak pernah menjadi mangsa fesyen dengan pemilihan baju yang dipakainya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments