Walaupun sibuk menguruskan suami dan anaknya, Kashfi Haikal, 2, Diana masih lagi menyimpan impian serta cita-citanya untuk berjaya dalam bidang yang dicintainya itu.
Tetapi Diana hanya mahu menumpukan pada bidang nyanyian yang kurang menuntut masa yang lebih di lokasi berbanding dengan bidang lakonan.
“Dunia seni memang sudah sebati dalam diri. Tapi untuk saya fokus sepenuh masa, saya berasakan bukan masanya lagi. Tambah pula saya sudah punya komitmen terhadap keluarga.
“Bukan masa saya lagi untuk berada di lokasi penggambaran sampai dua tiga pagi. Lainlah kalau saya masih solo,” katanya yang dipetik menerusi Berita Harian.
Diana turut mendedahkan dia dan kakaknya, Linda Rafar bakal kembali memeriahkan industri nyanyian apabila single terbaru mereka yang berjudul Cun Melecun yang diterbitkan oleh Edry KRU bakal menjengah pasaran tidak lama lagi.
“Lagu Cun Melecun siap sejak dua bulan lalu. Kami sudah nyanyikan lagu ini di beberapa siri persembahan. Bagaimanapun, lagu itu belum dimainkan di radio,” katanya.
No comments
Post a Comment