Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kaunter stesen minyak di Klang ditembak..
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto
Klang: Kaunter sebuah stesen minyak di Taman Chi liung, Pandamaran, dekat sini, rosak ditembak sekumpulan lelaki menggunakan senjata buatan sendiri disyaki senapang angin menyebabkan cermin kaunternya pecah.

Kejadian jam 1 pagi itu nyaris menyebabkan dua pekerja stesen minyak berkenaan cedera namun peluru bebola besi (ball bearing) yang dilepaskan suspek tidak dapat menembusi cermin berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, ketika kejadian dua pekerja warga Bangladesh sibuk di kaunter dan mereka dikejutkan dengan bunyi tembakan dari arah luar.

Berikutan itu, katanya, mereka menoleh ke arah cermin di tepi kaunter dan mendapati ia pecah.

“Tiada pelanggan yang mengisi minyak ketika kejadian dan pintu kaca stesen itu sudah dikunci jam 12 malam. Semua transaksi hanya dilakukan menerusi lubang khas di sebelah kaunter juruwang,” katanya. [Hmetro]

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments