Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Info ketika menginap di hotel yang korang perlu tahu!..
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Tanpa kita sedari, banyak perkara yang seharusnya dielak ketika menginap di hotel terutama atas dasar keselamatan.

Justeru, tip minggu ini sangat sesuai bagi anda yang sering menginap di hotel.
Ini kerana walaupun menginap di hotel berbintang, ada beberapa perkara yang sebaiknya anda elakkan. - Sumber: Kompas.com

1) Jangan letak barang berharga sembarangan.

Kotak penyimpan atau ‘safe deposit box’ bukan sekadar barang pameran di dalam bilik sebaliknya mempunyai fungsi yang cukup bermanfaat.

Kes kehilangan barang bahkan di hotel berapa bintang sekali pun sering berlaku. Ada kalanya perhiasan kecil seperti anting-anting ataupun jam serta barangan berharga dalam saiz kecil menjadi antara barang yang sering tercicir atau hilang.

Kebiasaan selepas menggunakan perhiasan atau jam, tetamu akan meletak di atas meja seperti di rumah.

Tidak ada masalah jika anda memang akan menggunakannya kembali. tetapi jika tidak, letak saja barangan itu di dalam kotak penyimpanan yang disediakan.

2) Jangan menyentuh alat kawalan jauh.

Beberapa penelitian mengatakan bahawa alat kawalan jauh untuk televisyen adalah benda terkotor di bilik hotel.

Sebaiknya, sebelum digunakan bersihkan dulu dengan tisu basah. Anda juga boleh mengelap dengan tisu. cara lain adalah dengan membalut alat kawalan jauh itu dengan tisu saat menggunakannya.

3) Jangan beritahu nombor bilik anda.

Untuk keselamatan, hindari untuk menyebut nombor bilik anda terutama pada orang asing mahupun orang yang baru anda kenal.

Jika ingin menyebutkan nombor bilik anda kepada seseorang kenalan, baiknya lakukan hal itu secara bertulis daripada lisan. Jangan jadikan bilik hotel mahupun hotel tempat anda menginap sebagai lokasi pertemuan.

4) Jangan terus membuka pintu bilik.

Lubang mengintip di pintu bukanlah hiasan. Gunakan sebaiknya terutama sebelum membuka pintu lebih-lebih bila anda bersendirian.

Biasanya orang akan secara langsung membuka pintu ketika ketukan pintu atau loceng berbunyi. Sebaiknya anda benar-benar tahu siapa di sebalik pintu dan untuk lebih keselamatan, gunakan pula rantai pengunci pintu dipasang.

Jika tidak yakin, anda boleh membuka pintu, tetapi tetap membiarkan rantai terkunci untuk melihat lebih jelas siapa di balik pintu.

5) Jangan menyentuh mini bar.

Kecuali anda rela membayar mahal untuk minuman atau makanan ringan yang terdapat di dalam mini bar.

Selain itu, ada sesetengah hotel kini memasang alat pengesan elektronik di mini bar untuk mengetahui gerakan di dalam mini bar. Dengan alat itu, anda
mungkin dikenakan bayaran walaupun hanya sekadar memindahkan barang di dalam mini bar.

Jika anda mahu menggunakan mini bar untuk menyimpan sesuatu, maklumkan kepada pihak hotel supaya sebarang kesulitan saat daftar keluar tidak terjadi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments