Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Katy rancang saman ghd!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto
Katy Perry terperangkap dalam saman berjumlah berjuta-juta dolar dengan jenama penjaga­an rambutnya, ghd.
TMZ melaporkan, Kumpulan Jemella, syarikat di sebalik ghd, meminta mahkamah menghalang Katy Perry daripada mengemukakan saman selepas penyanyi itu mendakwa syarikat berkenaan berhutang dengannya sebanyak AS$2 juta (RM6 juta).

Katy memperoleh AS$4.5 juta (RM13.5 juta) selaku duta jenama itu tetapi syarikat berkenaan berhasrat memutuskan hubungan dengannya, lapor laman web berkenaan.


Pihak Katy didakwa berkata, Kumpulan Jemella masih belum menjelaskan bayaran tambahan sebanyak AS$2 juta, berdasarkan perjanjian secara lisan.


Jemella pula menyangkal wujudnya perjanjian lisan itu dan mendakwa syarikat berkenaan mahu menying­kirkan Katy kerana dia tidak popular di Eropah seperti sebelumnya.

TMZ memetik wakil Katy sebagai berkata: “Cubaan Jemella untuk memalukan Katy dengan memasukkan kenyataan yang menjatuh­kan maruah selebriti itu adalah amat memalukan.” 


Laman web hiburan itu juga memetik Katy sebagai berkata: “Mereka membatalkan kontrak kerana perubahan dalam pengurusan dan pemilikan syarikat. Dan mereka hanya mengadakan alasan untuk melindungi perbuatan buruk mereka.”

Katy dinamakan duta jenama itu pada 2011.

“Saya begitu gembira bekerja dengan ghd, lebih-lebih lagi dengan menggunakan kelengkapan mereka untuk persembahan saya,” kata Katy ketika itu.



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments