Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » MENGELIKAN TERAPI MENGGUNAKAN LARVA LALAT! EEUUWWWW...
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Sungguh menggelikan apabila terapi menggunakan larva lalat. Pastinyer ada yang tidak sanggup melihat larva atau ulat yang seperti cacing yang menguit-guit tentu menggelikan. Tapi cuba korang bayangkan apabila larva tersebut di gunakan sebagai terapi dan diletakkan pada bahagian luka korang? bukan saeekor tetapi banyak ekor. Dulu, beberapa doktor menyedari bahawa tentera yang pada lukanya terdapat larva lalat sembuh lebih cepat berbanding yang tidak. Larva lalat ini memakan sel-sel kulit mati dan bakteria.

Terapi larva lalat (dikenali juga dengan Maggot Debridement Therapy –MDT-, terapi larva) dimana dengan sengaja larva lalat ini diletakkan ke kulit yang luka atau jaringan lembut manusia atau binatang.


Kalau korang nak tau penggunaan MDT ini bermula sejak dari Perang Dunia Pertama lagi. Sungguhpun begitu, ia hanya dipandang serius di negara ini pada tahun 2002 apabila Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat peruntukan daripada Kementerian Sains dan Inovasi untuk melakukan kajian mengenainya. Hasilnya, pada Mei 2003, percubaan klinikal pertama dijalankan di Hospital Tentera, Lumut.



Pengubatan cara ini digunakan secara meluas sebelum ditemukannya antibiotik, untuk membersihkan jaringan mati di luka bagi mempercepat penyembuhan.

Tidak semua jenis lalat sesuai untuk kaedah rawatan ini. Hanya yang akan memakan tisu reput sahaja digunakan. Di Malaysia, species lalat yang digunakan ialah Lucilia Cuprina, manakala di barat pula adalah species Lucilia Sericata.

Bagaimanakah rawatan terapi larva ini dilakukan? Mula-mula lalat dibiarkan membiak di dalam makmal dengan menggunakan bahan yang sesuai untuk mendapatkan pembiakan yang optimum. Ulat tersebut kemudiannya disteril untuk membasmi kuman. Apabila diletakkan pada luka, ulat tadi akan merembes enzim yang akan mencairkan tisu mati dan memakannya, lantas membasmi bakteria pada luka. Luka akan cepat sembuh dan tisu baru terbentuk.



Antara penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini ialah:

• ulser disebabkan diabetes;
• bedsore ulcer;
• pressure wound;
• ulser disebabkan kanser; dan
• luka akibat kemalangan atau kebakaran.




About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments