Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Hukuman penjara 115 Tahun mengaku bersalah tuduhan merogol dan seks songsang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




RAUB – Seorang lelaki yang digelar ‘Rambo Bentong’ dijatuhi hukuman penjara selama 115 tahun selepas dia mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan melakukan seks luar tabii.
Rabidin Satir, 42, dari Tambunan, Sabah, juga diperintahkan menerima 50 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Raub di sini, Selasa.
Pada 31 Januari lalu, tertuduh mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan rogol dan satu bagi kesalahan melakukan hubungan seks songsang.

Dia didakwa kerana merogol seorang gadis berusia 17 tahun di sebuah rumah di Jalan Kuala Lumpur-Bentong antara pukul 1 pagi dan 2 pagi pagi pada 21 Jun 2010 dan merogol seorang gadis berusia lapan tahun di tepi sungai di belakang sebuah rumah di Ketari, Bentong antara pukul 12.30 tengah malam dan 1.30 pagi pada 29 April 2011.
Dua tuduhan lain adalah kesalahan merogol dan meliwat seorang gadis berusia 16 tahun di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara pukul 1 pagi dan 2.30 pagi pada 12 Oktober 2011.
Rabidin digelar ‘Rambo Bentong’ kerana menggunakan pisau rambo untuk mencederakan mangsanya.
Terdahulu, apabila dia pertama kali didakwa pada 13 Disember tahun lepas, Rabidin mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia sembilan tahun di Taman Sri Marong, Bentong, antara pukul 2 pagi dan 3 pagi pada 9 Julai 2009. – mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments