Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Harimau Kumbang hampir bunuh warga Indonesia di Gua Musang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Gua Musang: “Sepanjang 15 minit bergelut dengan haiwan itu, saya hanya ingat mati, malah hampir pengsan menahan sakit akibat dicakar di seluruh badan,” kata buruh ladang, Alip Abil, 33, yang bertarung dengan seekor harimau kumbang bagi menyelamatkan nyawanya di ladang sawit Felda Perasu, dekat sini, pagi kelmarin.

Apabila taring haiwan ganas itu hampir terbenam di lehernya, Alip berjaya diselamatkan seorang rakannya dalam kejadian jam 8.30 pagi itu.

“Dalam keadaan lemah, saya menjerit meminta tolong dan mujur seorang rakan datang menjolok kayu ke mulut harimau kumbang itu yang hampir menggigit tengkuk saya,” katanya.


Sejurus kejadian itu, Alip dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan menerima 50 jahitan di kepala, punggung, dada, lengan kanan dan tangan kiri.

Lelaki warga Indonesia itu dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah kongsinya di tanah rancangan berkenaan pada hari sama. - Harian metro

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments