Wowww!! Mampu buka kedai sendiri walaupun tanpa tangan?!!
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang cacat yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan.
Lelaki yang dimaksudkan itu adalah Li Guoqing, 36, dan berasal dari bandar Huji, daerah Jiangsu, China.
Pada usia 4 tahun, Guoqing sudah mula belajar untuk melakukan semua benda dengan menggunakan kakinya.
Setelah dewasa, dia cuba mendapatkan pekerjaan tetapi kebanyakkannya gagal kerana dia tidak mempunyai tangan.
Tetapi, atas usaha yang bersungguh-sungguh dia mula mengumpul pengalaman dari menjadi pekerja kedai game, cyber cafe dan pasaraya.
Selepas 8 tahun bekerja, akhirnya dia berjaya membuka kedai membaiki komputer dengan duit daripada hasil bekerja keras.
Kini, Guoqing boleh berbangga kerana berjaya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada semua masyarakat.
Walaupun anda cacat tidak semestinya anda tidak boleh berjaya.
Lihat gambar Quoqing semasa sedang menguruskan kedainya itu.
1 comment
Pertama hahaha
Post a Comment