Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Penyanyi K-Pop G.NA sakit tekak akibat tertekan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


G.NA yang kini berhadapan masalah besar dengan suaranya selepas mengalami sakit tekak akibat tertekan. 


Terlalu bekerja keras untuk menjayakan album terbarunya, G.NA baru-baru ini disahkan menghidap penyakit tonsil, namun tidak kritikal. 
“Dia terpaksa ke hospital untuk membuat pemeriksaan apabila mengalami sakit tekak sebelum doktor mengesahkan mengenai penyakit itu. Dia turut dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan rehat secukupnya jika tidak keadaannya jadi lebih parah. 

“Menurut doktor, ia disebabkan G.NA terlalu tertekan dan menggunakan tekaknya, namun masalah itu tidaklah begitu serius,” kata wakil syarikat­nya kepada Sports Seoul, 7 Feb­ruari lalu. 

Keadaan G.NA yang ­dijadual akan melancarkan album berkenaan pada Mac nanti kebelakangan ini dikatakan tidak terkawal. Pada Mei tahun lalu, diva seksi itu sudah melancarkan album mini berjudul Bloom dan berusaha keras bekerja untuk album seterusnya. 

“Dia terlalu dedikasi kepada proses rakaman dan menitikberatkan setiap bahagian dalam albumnya itu sehingga mengabaikan kesihatannya. Bagaimanapun, sekarang dia menjalani rawatan susulan secara konsisten dan mengambil rehat secukupnya demi memastikan dia pulih sepenuhnya,” kata wakil syarikatnya itu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments