SEBUAH kelab malam popular di Mexico diarah tutup selepas tersebar gambar dan video seorang pengunjung wanita melakukan seks oral terhadap seorang remaja lelaki semata-mata untuk memperoleh minuman percuma dalam satu ‘permainan’ yang dianjurkan di sana.
Kejadian yang disaksikan ramai pengunjung itu telah dirakam berlaku di kelab Capezzio yang terletak di Veracruz, bandar Mexico.
Wanita terbabit dilihat menari mengikut muzik untuk seketika sebelum menurut permintaan hos acara yang menggalakkannya melakukan aksi lucah terhadap remaja lelaki yang cuma berseluar dalam untuk mendapat minuman percuma.
Pengunjung yang terkejut melihat aksi panas tersebut bertindak merakam lalu menyebarkannyadi Facebook, Twitter dan WhatsApp dengan pantas sekaligus menerima kecaman ramai.
Selepas isu ini viral, Gabenor Javier Duarte mengarahkan supaya kelab malam ini ditutup serta merta gara-gara insiden terlampau berkenaan.
Kelab malam tersebut dikatakan popular di Veracruz terutama di kalangan selebriti meskipun ia pernah digempur sebanyak dua kali kerana menghidangkan alkohol kepada pelanggan bawah umur.
No comments
Post a Comment