GAMBAR seorang doktor muda di China yang sedang memujuk seorang bayi berusia 2 tahun telah mendapat perhatian serta menyentuh hati masyarakat tempatan.
Sifat kebapaan yang ditunjukkan oleh lelaki itu segera menjadi viral selepas ia dimuat naik di secara online di sana.
Doktor Shi Zhuo yang bekerja di Hospital Zhejiang dilihat cuba menenangkan anak kecil itu di dalam bilik surgeri dengan berikannya melihat video kelakar di telefon bimbitnya selepas dia menangis ketakutan kerana ibu bapanya tiada disisi.
“Dalam bilik pembedahan, para doktor akan cuba menenangkan pesakit dengan memberikan pelukan serta kata-kata semangat kepada mereka. Perkara seperti ini adalah normal,” katanya kepada sumber.
No comments
Post a Comment