GARA-GARA video dan gambarnya tersebar dalam media sosial yang memaparkan bagaimana seorang pegawai tinggi kerajaan di China cuba mencabul seorang wanita, lelaki itu akhirnya dibuang kerja.
Video skandal tersebut telah tersebar kepada umum semalam, menyebabkan Chan Jianming dipecat oleh Parti Komunis.
Sebanyak tiga video rakaman didedahkan, yang menyaksikan dia meraba salah seorang wanita di dalam sebuah restoran.
Wanita itu kelihatan amat malu apabila Chan mengangkat bajunya dan turut meraba punggung. Ketika itu terdapat beberapa orang yang lain di dalam restoran terbabit.
Dia cuba menghentikan perbuatan Chan namun tidak dihiraukan oleh Chan dan sampai ke tahap wanita berkenaan hampir bogel dengan pakaian dalamnya cuba dibuka oleh Chan.
Hanya selepas seseorang di situ menyatakan `cukuplah’ baru Chan melepaskan wanita tersebut, yang tidak diketahui identitinya.
Netizen di China memang tidak memberi peluang kepada kakitangan awam di negeri itu dan mereka sering lantang mengecam tindakan pegawai kerajaan.
“Saya telah melihat banyak skandal yang berlaku melibatkan pegawai kerajaan yang berbeza. Itulah bagaimana haiwan dilatih,’’ kata pengguna media sosial.
Kes berkenaan juga masih dalam siasatan.
No comments
Post a Comment