LOS ANGELES – Ketika sebahagian besar aktres Hollywood berebut-rebut ingin memperbesarkan payudara agar tubuh mereka tampak lebih molek, lain halnya kisah seorang pelakon wanita terkenal ini, Sofia Margarita Vergara.
Rimas akibat payudaranya itu sering mengembang ke semua arah ketika baring, bintang jelita Amerika Syarikat (AS) kelahiran Colombia tersebut dilaporkan media tempatan berhasrat mahu segera mengecilkan buah dadanya.
Dia yang juga model dan ahli perniagaan berusia 43 tahun itu mendakwa bahawa kebesaran saiz payudaranya sehingga mencecah ukuran maksimum 32F amat menjengkelkan dirinya sendiri selain berasa kurang selesa.
Dalam wawancara dengan majalah ternama Vanity Fair, janda anak seorang yang masih tetap ‘bergetah’ anggun serta pernah membintangi pelbagai drama dan filem komedi itu dilaporkan mengakui kerap mengeluh kesah.
“Percayalah andai dapat payudara ini kecil, saya harap mampu buat satu pembedahan pengecilan buah dada. Bayangkan jika baring, payudara ini langsung turun ke semua arah, dan ini memang tidak lucu,” ujar Sofia.
Dia meskipun dikenali sebagai aktres komedi menerusi siri Modern Family, The Three Stooges dan The Smurfs, tetap kelihatan anggun setelah bercerai kekasih zaman sekolahnya, Joe Gonzalez pada 1993 dalam usia 20 tahun.
Sofia turut cerita betapa susah menemui coli yang sesuai. “Payudara saya sungguh besar. Sepanjang hidup, beli bra adalah pengalaman mimpi buruk. Ketika pindah ke Los Angeles, ia cuma ada di kedai Fredrick’s of Hollywood.
“Kedai ini membuat coli khusus untuk pekerja seks jalanan. Anda tahu ia bra seperti penari bogel direka asalnya untuk wanita kurus dengan bentuk payudara kecil bertukar menjadi yang luar biasa besar seperti saya,” ujarnya.
Selain itu, kemontokan buah dadanya turut mengundang kritikan daripada pengamat fesyen Hollywood yang mengatakan bahawa Sofia sering kali mengenakan gaun dengan gaya yang serupa sahaja dari masa ke semasa.
“Mungkin anda pernah baca komen di media sosial seperti, ‘Oh, Sofia guna gaun dengan bentuk yang sama lagi’, walhal saya ingin jawab pada mereka, ‘Gaun seperti apa yang ingin saya kenakan pula!?’,” terangnya sedih.
Sofia memang sering kali memakai gaun berpotongan strapless yang ikut bentuk tubuhnya, malah dia pernah mendakwa ibunya melarang dirinya melakukan pembedahan pengecilan payudara.
No comments
Post a Comment