Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pergh ! Wanita Meluncur Sambil Pakai Kasut Tinggi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Anda mampu berluncur dengan memakai kasut tumit tinggi? Jangan terkejut kerana wanita ini, Maud Le Car yang berusia 23 tahun, mempunyai cara tersendiri untuk memeriahkan sukan luncur iaitu dengan memakai tumit tinggi.
Maud yang juga peluncur profesional telah berkongsi gambar dia meluncur sambil memakai kasut tumit tinggi dalam Facebooknya di St Martin, Perancis.
Meskipun berkasut tinggi, namun Maud dapat mengimbangkan badan ketika papan luncur membelah laut biru.
Malah Maud sempat tersenyum kepada peluncur lelaki ketika bertembung dengan mereka.
Dia kini berada dalam kedudukan ke-15 di dunia. Dalam satu temubual, Maud memberitahu dia berasa bangga kerana impiannya menjadi peluncur sejak kecil telah tercapai.
“Saya sentiasa mahu menjadi peluncur dan hari ini saya gembira kerana berjaya mencapai impian tersebut,’’ katanya.
Bagaimanapun Maud bukan peluncur pertama memakai kasut tumit tinggi ketika meluncur sebaliknya, tiga peluncur wanita dari Rusia telah melakukannya ketika menyertai satu pertandingan di Bali pada 2013.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments