Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Doktor Kacak Jadi Perhatian Pesakit (5 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Pernahkah anda membayangkan di dunia nyata ini, akan ada doktor dengan ketampanan seperti Patrick Dempsey dalam rancangan siri Grey’s Anatomy? Jika pernah, kini mimpi anda sudah menjadi kenyataan. Perkenalkan doktor paling hot abad ini, Dr. Mike. 


Beliau  adalah seorang doktor biasa, namun parasnya yang tampan membuatkan dirinya menjadi bahan perbincangan dan perhatian Netizen. Tidak hairan, dalam jangkamasa singkat sahaja  Instagram miliknya mempunyai lebih dari 400,000  pengikut. Selain wajahnya yang tampan, badannya yang gagah dan “sado” menjadi  daya penarik. Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi personaliti yang bernama Dr. Mike ini.“Dr. Mike 2nd year medical resident NYC/MIA An avid explorer of life Just a man and his dog against the world,” tulisnya di bio akaun Instagram. Beliau merupakan seorang doktor yang kemungkinan besar masih lagi bujang dan sangat sayang terhadap haiwan peliharaannya.


 Doktor ini memiliki seekor anjing menawan jenis Siberian Husky yang bernama Roxy. Jika anda lihat gambar di akaun Instagram miliknya, anda akan nampak banyak foto Dr. Mike bersama Roxy.

Boleh dikatakan doktor ini sangat penyayang dan juga merupakan seorang pencinta haiwan. Bukan itu sahaja, doktor ini memiliki hobi bermain tenis dan berenang. Susuk tubuh badannya yang kelihatan seperti atlet membuatkan ramai kaum wanita tergoda dengannya. Doktor Mike juga seorang yang “fashionable” dan amat menitikberatkan gaya pemakaiannya.


Dia juga sering memuatnaik gambar tubuh seksinya di laman Instagram peribadi.  Jenna Mullins, yang merupakan wartawan untuk E! Online, baru-baru ini menulis dalam  artikelnya menyatakan Dr. Mike adalah doktor paling menawan di Instagram. “Is He The Most Adorable Doctor on Instagram? (Answer: Probably),” tulisnya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments