Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » “Engineer” Ini Tunaikan Impian Pemandu Teksi Untuk Masuk Ke Taman Tema Ferrari World
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




 Bercuti ke Abu Dhabi rasanya tidak lengkap jika tidak mengunjungi ke taman hiburan Ferrari World. Dalam kawasan seluas 86000 meter persegi tersebut terdapat pelbagai permainan yang menyeronokkan seperti Formula Rossa, roller coaster paling laju di dunia.
Berkunjung ke taman hiburan Ferrari World merupakan destinasi utama seorang pelancong bernama Liam Murphy dari Irlandia. Namun ada suatu benda yang mengusik hatinya ketika dia sedang berbual bersama dengan pemandu teksi yang telah membawanya mengelilingi Abu Dhabi selama seminggu ini.

Pemandu teksi itu sudah bekerja selama 14 tahun dan selalu membawa penumpang untuk mengunjungi taman hiburan Ferrari World. Dia berasal dari India dan setiap bulan dia mengirimkan duit kepada keluarganya di sana untuk belanja kehidupan mereka.
Namun pemandu teksi ini sendiri belum pernah masuk ke taman hiburan itu kerana harga tiketnya yang terlalu mahal. Ketika pelancong seronok bermain di dalam Ferrari World, pemandu itu akan duduk dan menunggu penumpang di dalam kenderaan  selama empat jam.
Apabila mendengar kisah pemandu teksi tersebut, hati Liam berasa sedih dan pilu. Tanpa berfikir panjang dia terus membayarkan harga tiket dan mengajak  pemandu teksi itu untuk masuk ke taman hiburan itu bersamanya . 


Mereka sempat bergambar bersama sebagai kenangan mereka berada di taman tema terhebat di dunia. Gambar tersebut kemudian dimuatnaik ke Facebook dan mendapat pujian serta komen positif dari netizen.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments