Semalam, seorang warga emas yang dikenali sebagai Pak Cik Shah Petai dilanggar oleh sebuah bas di sekitar kampus Universiti Tunku Abdul Rahman yang berhampiran dengan Tenaga Cergas. Dikatakan, pak cik itu melulu ke arah jalan raya sebelum dia dilanggar bas.
Kebetulan, seorang pelajar berbangsa cina yang berada di situ menghulurkan bantuan dengan melakukan CPR kepada warga emas yang tidak sedarkan diri itu. Pelajar perempuan itu menjerit “Uncle, uncle” dan mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan warga emas itu.
Tetapi usahanya tidak berjaya dan dikhabarkan warga emas ini telah meninggal dunia. Usaha pelajar ini sangat kami kagumi dan menjadi contoh buat semua rakyat Malaysia kerana walaupun berlainan bangsa dan agama, dia tidak teragak-agak untuk memberikan bantuan.
Rakyat Malaysia amat tersentuh dengan pertolongan yang dihulurkan oleh pelajar ini serta memberi inspirasi kepada semua untuk berani tampil ke hadapan dan bermurah hati menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.
Kisah ini merupakan perkongsian dari seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Are Da MambangDiawan yang kebetulan berada di tempat kejadian itu. Kami kongsikan semula untuk tatapan anda dan semoga kisah ini mengajar kita nilai-nilai kemanusiaan dan semangat toleransi yang perlu di pupuk dalam diri semua Rakyat Malaysia.
“Depan mata saya..pakcik Dikenali Pakcik Shah Petai meluru lari,bas langgar. allahuakbar!! Tiba2 Seorang pelajar cina UTAR sedaya upaya lakukan CPR..tak Henti..lagi dan lagi. Sebak Sgt..dia menjerit jerit panggil
“uncle..uncle..” Suruh sedar
Pakcik Shah masih tak sedar..polis dtg Dan check masih ada nadi lagi. Gadis cina ni masih usaha Tampa putus asa push dan push dada Pkcik Shah. Airmata saya dah menitis sbb gadis ni mengharapkan satu KEMUNGKINAN. Tanpa kenal SIAPA YG dia to long, Tanpa mengira bangsa..agama..dia di hadapan puluhan lelaki betul2 buatkan saya sebak.
Kagum saya..kagum sgt!!dia yakin akan selamatkan pakcik tu. Menurut penumpang bas pkcik tu yg entah Dari mana meluru lari ke arah bas dan kena langgar.
Saya diberitahu..pakcik shah ni pergi jua
Alfatihah..
buatmu Leng Loi..tahniah!!u are in a million. U really touched my heart. Jiwa kaunseling saya tersentap”
Sumber: Sajakongsi
No comments
Post a Comment