Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pamela Jacobs Wanita Berusia 52 Tahun Tapi Awet Muda
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Ramai orang mengira usianya baru 25 tahun bahkan kerap disangka teman lelaki anaknya ketika berjalan bersama.
Kenalkan Pamela Jacobs. Inilah wanita cantik berkulit gelap dari England yang “awet muda” dan masih kelihatan seperti berusia 25 tahun. Namun anda akan terkejut apabila mengetahui umur sebenarnya iaitu 52 tahun. Malah Pamela sudah mempunyai anak lelaki yang sudah berusia 21 tahun.
“Banyak lelaki  memberi komen tentang penampilan saya dan mereka tidak percaya saya sudah tua,” kata Pamela ketika ditemuramah Dream dari Oddity Central.

Yang lucunya, si anak yang sudah semakin dewasa berasa malu ketika mereka berjalan bersama kerana kelihatan mereka seperti sedang berpacaran. “Ada suatu ketika, seorang kawan anak saya menyangka kami seperti pasangan yang sedang bercinta ,” ujar Pamela sambil tertawa.
Pamela amat gembira dan terharu dengan pujian dari orang ramai kerana penampilannya masih di anggap muda lagi. Namun Pamela menjelaskan bahawa dia lebih suka lelaki yang sama usia dengannya. Memiliki penampilan seperti anak muda kadang-kadang membuatkannya rasa kurang selesa dan ganjil kerana selalu mendapat perhatian orang ramai.

Ketika menjalani pemeriksaan kesihatan beberapa tahun yang lalu, doktor seolah tidak percaya Pamela berusia 50 tahun. Doktor itu berkeras mahu melakukan pemeriksaan kesihatan berulang-ulang kali dan akhirnya dia percaya bahawa Pamela memang sudah berusia serta sangat kagum dengan penampilannya yang kelihatan masih muda lagi.
Pamela juga berkongsi tips bagaimana penampilannya  kelihatan lebih muda berbanding usianya yang sudah tua. Menurutnya, penampilan mudanya diperolehi dengan mengamalkan diet sihat, aktiviti senaman, dan menggunakan minyak kelapa. “Saya pencinta minyak kelapa,” katanya.

“Ibu saya menggunakan minyak kelapa pada rambut dan kulit anak-anaknya ketika masih kecil. Dan saya mengamalkan tradisi ini sehingga sekarang. Saya menggunakan minyak kelapa untuk memasak, membuang make-up pada wajah, untuk rawatan rambut dan sebagai pelembab untuk tubuh badan saya.
Pamela mengelakkan mengambil bahan berasaskan gandum seperti roti dan pasta, kerana boleh menyebabkan kegemukan. Pamela juga tidak memakan buah kerana kandungan gulanya yang sangat tinggi, tetapi dia mengamalkan mengambil sayur-sayuran sebagai pengganti buah-buahan.
Dia juga melakukan rawatan sauna setiap minggu dan mandi wap untuk menyingkirkan kulit mati di wajahnya setiap dua hari sekali.
Tambah Pamela lagi, rahsia utama untuk kelihatan muda adalah terletak pada sikap dan hati seseorang itu. “Saya rasa rahsia awet muda adalah selalu senyum setiap hari,” katanya.
“Perkara terbaik tentang tampak awet muda ialah  ianya membuatkan saya mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta rasa disayangi oleh semua orang. Saya tidak sempurna dan saya juga memiliki kekurangan seperti orang lain, tapi saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini,” tambah Pamela.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments