PENGALAMAN melancong di Pulau Apo, Filipina mungkin menjadi antara kenangan paling terindah bagi sekumpulan pelancong yang tidak menyangka gambar mereka telah photobomb oleh seekor penyu laut.
Gambar photobomb penyu itu menarik perhatian ramai selepas ianya dimuat naik oleh seorang lelaki yang menggunakan nama Jojo_powerranger dalam laman Instagramnya.
Ramai yang menyifatkan aksi penyu yang dirakam ketika timbul bernafas dan menyelit pada gambar sekumpulan pelancong ini sebagai sesuatu yang comel dan menakjubkan.
Tambahan pula, spesis haiwan terancam ini dilaporkan jarang boleh dijumpai, apatah lagi mahu mendekati manusia.
No comments
Post a Comment