Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Sabah Ini Habiskan 3 Bulan Melancong Mengelilingi USA (19 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Hadhinah Fawwazah atau lebih mesra di panggil Hannah telah berpeluang travel selama 3 bulan di USA bersama suami beliau, seorang warga Amerika.

USA merupakan sebuah negara bersaiz besar dan mempunyai 50 buah negeri. Untuk trip kali ini Hannah telah merentas jarak sejauh lebih 4000km dan menempuh 4 zon masa berbeza bagi mengunjungi 34 buah negeri pada Julai hingga September 2014.
Kita ikuti sebahagian dari kisah pengembaraan Hannah di bawah.

Badwater Basin, Death Valley National Park, California. Saya berjalan di atas garam dan hanya garam di dalam gambar ini. Yang menariknya, bunyi dia macam berjalan atas serpihan kaca.
Yosemite National Park, California

McWay Falls on Pacific Coast Highway/Hwy 1, California

Crater Lake at Crater Lake National Park, Oregon. Terdapat pulau di tengah-tengah kawah gunung berapi ini dan pengunjung boleh melawat pulau ini hanya di musim panas.

Jalan keluar dari Crater Lake National Park arah utara. Rasa nak berlari-lari di atas jalan ni.

St Mary Lake, East of Glacier National Park, Montana, di mana saya terjumpa banyak beruang berkeliaran!

Going-to-the-Sun Road, jalan utama di Glacier National Park, Montana.

Jalan keluar dari Glacier National Park, Montana. Gambar tidak diedit, muka bumi, warna rumput dan jalan dia memang begini.

Emerald Pool, Yellowstone National Park, Wyoming. Cantik tapi merbahaya. Pengunjung tak boleh dekat dengan air atau pijak tanah keliling kawasan mata air panas.

On the way out of State of Oregon to State of Washington along Columbia River, to the east which is to State of Idaho.

Garisan coklat ini ialah mikroorganisma hidup yang memakan mineral yang keluar dari mata air Grand Prismatic Spring di sebelahnya. Kalau pernah tengok NatGeo, ada satu mata air besar kat US ni di mana keliling dia ialah warna pelangi. This is what’s around it. Pengunjung tak dibenarkan menyentuh garisan coklat ni sebab mikroorganisma ni pun nak hidup juga!

Gunung Wilbur dan Tasik Swiftcurrent di Timur Glacier National Park, Montana. Air tu sejuk macam ais kosong.

Itu taksidermi kepala aligator yang dibela di Louisiana. Setiap taksidermi adalah bersiri maka pembelian kepala aligator ini ialah sah di sisi undang-undang. Kami bawa aligator ni mengelilingi USA! Ini ialah Monument Valley Navajo Tribal Park, Utah.

Kalau ke Bryce Canyon National Park, Utah, boleh pergi hiking di Wall Street di celah-celah hoodoos ni dan akan terjumpa tiba-tiba 3 pokok. Hoodoos ni ialah tiang-tiang pasir hasil mendapan pasir dan batu gunung berapi yang mengalir ke sungai pada zaman Jurasik.

Sempat lagi berlari kat sini. Siapa pernah tengok movie Forrest Gump? Sinilah tempat dia tiba-tiba berhenti berlari setelah 3 tahun lebih dia berlari dari rumah dia di Alabama. Saya pun ambil kesempatan berlari di tempat yang sama. Seronok sebab takda kereta! Ini juga di Monument Valley, Utah.

Antelope Canyon slot di Arizona. Sangat ramai orang walaupun dalam gambar ni tak nampak sangat. Sebab tak boleh masuk suka hati, wajib ikut tour yang diketuai oleh seorang yang berpangkat tinggi dalam puak Navajo (Red Indian).

White Sands National Monument, New Mexico.

Ini betul-betul, ini bukan cobaan. Terdapat sebuah pekan bernama Crazy Women Creek di USA, dan beberapa pekan lain yang nama memang tak boleh blah. Dulu aku ada pos nama pekan Yolo, California.

Itu ialah bangunan WTC yang baru selepas yang lama musnah pada 11 September 2001. So this is in New York City, New York.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments