Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Terkejut Dapat Tahu Kembarnya Hidup Di Dalam Otak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



ADA sesuatu yang tidak kena dengan Yamini Karanam.

Dia datang dari Hyderabad, India untuk menamatkan pengajian PhD di Indianapolis, Amerika Syarikat dalam bidang sains komputer. Ternyata, itu sahaja memberi gambaran yang dia adalah seorang pelajar yang cerdik. 

Tetapi kehidupan barunya di Amerika dirundung malapetaka. Dengan tiba-tiba dia kehilangan daya membaca, atau mengingati sesuatu. Dia tidak dapat memahami maksud sebaris ayat yang mudah. Malah dia berhadapan dengan kesukaran untuk memahami apa yang dituturkan oleh kawan dan rakan sekuliah. 

Masalahnya tertanam dalam di dalam otaknya. Otaknya sudah tidak dapat berfungsi sepertimana sedia kala. 

Yamini, 26, tidur tanpa jaga selama dua minggu dan tidak menghadiri kuliahnya. 

“Kemudian datang sakit kepala yang amat sangat,” tulis Yamini di dalam laman blognya menceritakan kembali detik-detik cemas di dalam hidupnya itu. 


“Di hospital, pada mulanya datang seorang doktor. Kemudian lebih ramai doktor dan jururawat yang datang. Selepas itu, datanglah pendedahan yang menakutkan. Mereka mendedahkan terdapat satu ketumbuhan di tengah-tengah otak saya.
“Tetapi rasa takut belum lagi muncul kerana daya kekuatan saya belum lagi diuji sepenuhnya. Namun tahap tenaga saya semakin merosot dan rasa letih mula mencengkam diri hari demi hari," tulisnya.
Keadaan ini berterusan sehinggalah tidak ada apa lagi prosedur diagnostik yang tinggal yang perlu dibuat lagi.
Perundingan demi perundingan dilakukan tetapi tidak ada seorang pun yang membicarakan sesuatu yang berguna untuk dirinya.
Tiga bulan berlalu dan satu-satunya perkara yang perubatan dapat maklumkan ialah ia adalah tumor atau ketumbuhan di dalam otak.
Yamini bertambah sakit dan sakit apabila ketumbuhan itu juga bertambah besar dan membesar.Pada tahap ini, membaca sudah tidak membawa apa-apa makna lagi.
Ia diikuti dengan ketidakupayaan untuk berjalan diikuti dengan ketidakupayaan untuk makan. Rasa sakit mencengkam dari kepala sehingga ke hujung kaki.
“Apa yang menakjubkan ialah, para pakar tidak dapat menghubung kaitkan kesengsaraan yang sedang saya tanggung dengan imej yang terdapat pada otak saya itu. Mereka tidak dapat memberitahu tumor apakah itu kerana ia bukanlah sejenis kanser,” tulis Yamini lagi.
Enam bulan berlalu. Terdesak untuk menyelamatkan nyawanya, rakan-rakan Yamini telah melancarkan tabung dana secara dalam talian bagi membantu meringankan bebanan kos perubatannya.
Tiba-tiba, keajaiban muncul. Seorang doktor bernama Hrayr Shahinian, sanggup melakukan prosedur pembedahan yang radikal dengan menebuk lubang pada otaknya di Skullbase Institute in Los Angeles.
Menggunakan hasil sumbangan dana yang terkumpul berjumlah AS$32,437, Yamini telah diterbangkan ke Los Angeles untuk mencuba nasib di tangan Dr Shahinian.
Menerusi pembedahan itu, Dr Shahinian menebuk lubang kecil dari belakang kepala Yamini dan selepas itu memasukan pula endoskop ke dalam kepalanya untuk melalui saluran semulajadi di dalam otak sehingga sampai ke kawasan tumor berkenaan.
Di situ mereka telah menemui sesuatu yang sangat-sangat menakjubkan. Mereka telah menemui saudara kembar Yamini.
Ia sebenarnya bukanlah sejenis tumor. Ia adalah teratoma: serumpun tulang-tulang kecil, rambut dan juga gigi dalam bentuk seolah-olah kon pokok pain - hidup di dalam otak Yamini.
Yang menakjubkan gumpulan tulang, rambut dan gigi itu membesar seolah-olah ia hidup di dalam otak Yamini.
Teratoma untuk sekian lamanya membingungkan para saintis. Sebahagian besarnya membuat kesimpulan ia adalah pada asasnya saudara kembar yang tidak membesar sebaliknya telah diserap menjadi sebahagian daripada sistem badan kembar yang membesar dan hidup normal.
Adakalanya ia dilahirkan sebagai kembar Siam. Pada sesetengah kes pula, ia hanya membesar di dalam badan kembarnya yang normal setelah mereka meningkat dewasa.
Pada tahun 2009, seorang lelaki British bernama Gavin Hyatt telah “melahirkan” kembarnya yang tidak membesar menerusi abdomennya.
Awal tahun ini, di Hong Kong doktor telah menemui dua janin yang tidak membesar di dalam abdomen seorang bayi yang baru dilahirkan.
Dalam kes Yamini, doktor tidak berani mengesahkan apakah tumor yang ditemui itu adalah kembarnya yang tidak membesar apatah lagi ia membesar di dalam otaknya.
Apa pun, akhirnya Dr Shahinian berjaya membuang tumor berkenaan dan Yamini sedang dalam proses pemulihan.
Bagi Dr Shahinian, ini adalah kes teratomanya yang kedua. Tetapi dia telah melakukan 8,000 pembedahan tumor otak sepanjang kariernya.
Kepada Yamini pula, apabila dia tersedar dari pembedahannya, dia sendiri terkejut. Terkejut apabila mendapat tahu punca dia menderita sakit selama ini adalah disebabkan oleh kembarnya yang tidak membesar.
Secara fizikal, Yamini akan kembali hidup normal dalam beberapa minggu lagi tetapi hakikat bahawa dia hampir menemui ajal di tangan kembarnya sendiri akan menghantuinya selama-lamanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments