Seorang lelaki yang dipercayai sedang mabuk menerima padah apabila maut sehingga putus kepala dalam satu kemalangan di Sungai Tua, Ulu Yam malam tadi.
Akibat rempuhan itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal dipercayai terbabas dan terpelosok di bawah kereta sebelum badan mangsa terpelanting beberapa meter.
Seorang saksi yang menggunakan nama akaun Facebook, Putera Srikandi Melaka menyifatkan insiden itu sesuatu yang amat ngeri.
Menerusi gambar yang dikongsi di laman Facebook Daily Traffic Report, kereta tersebut mengalami kerosakan yang teruk.
Setakat ini, kami belum menerima maklumat lanjut mengenai kemalangan ini.
No comments
Post a Comment