JIKA si isteri semakin lebat rezekinya dengan perniagaan tudung yang laris di pasaran, si suami pun tak kurang kencang dapat job.
Suami kepada aktres jelita Rozita Che Wan atau Che Ta, Zain Saidin baru-baru ini telah dilantik sebagai duta ubat kuat seks lelaki, Pesona Rugosa.
Selaku duta produk tersebut Zain berkata, dia percaya tugasan baharunya itu mampu mengurangkan kadar perceraian di kalangan rakyat Malaysia dengan membantu para suami menjalankan tangggungjawab batin mereka dengan baik.
“Saya tidak rasa jadi duta produk ini sesuatu yang memalukan kerana realitinya masalah dingin hubungan kelamin sememangnya berlaku yang mana ada pasangan mempunyai masalah kesihatan batin.
“Pada saya ia bertujuan baik untuk menyelamatkan rumah tangga seseorang seterusnya mungkin dapat mengurangkan kadar perceraian di negara ini.
“Saya anggap tawaran untuk menjadi juru cakap produk ini adalah rezeki selepas kahwin dan rezeki anak saya. Jadi saya ambil sahaja peluang itu kerana ia bukan sesuatu yang salah. Tentang promosi pula pengurusan saya yang uruskannya,” katanya, dalam satu laporan disiarkan MStar Online.
No comments
Post a Comment