Memetik laporan, kejadian tersebut berlaku apabila wanita tersebut yang mahu membunuh seekor lipas, namun secara tidak sengaja menghasilkan bom buatan sendiri dengan menggunakan bahan pencuci kimia yang disimpan di tandas berkenaan.
Menurut laporan tersebut, wanita itu mengambil langkah pertama dengan memukul lipas tersebut dengan menggunakan kasutnya untuk memastikan haiwan itu benar-benar mati.
Kemudian, lipas tersebut dibalut dengan kertas tisu sebelum ‘dihancurkan’ sebelum dibakar.
“Wanita itu membuang lipas ke dalam tandas dan terlupa untuk menarik pam tandas. Menyebabkan tisu itu bercampur dengan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci tandas.
“Tandas itu meletup tidak beberapa lama kemudian dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengejutkan seluruh pejabat,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Lipas dikatakan antara serangga yang mempunyai tahap survival yang tinggi.
Serangga itu dikatakan masih boleh hidup dalam masa beberapa minggu walaupun kepalanya dipotong. – Metro.co.uk
No comments
Post a Comment