Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PANAS - Hina Tunku Azizah, Polis Cari Pemilik FB ‘Kagawa Onieshia’
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUANTAN – Pihak polis meminta pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘Kagawa Onieshia’ supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan berhubung komen berbaur lucah dan kesat ke atas Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut susulan laporan yang dibuat tujuh pihak semalam termasuk enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata perkara itu juga sudah dimaklum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti individu terbabit.
Status Instagram Tengku Puan Pahang ini dikatakan punca seorang pengguna FB yang kini diburu pihak polis melemparkan kata-kata kesat kepada baginda.

Semalam enam NGO dan wakil istana membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna Facebook yang menggunakan perkataan kesat dan lucah terhadap Tunku Azizah.
Perkara itu dilakukan susulan ulasan baginda mengenai tindakan peminat bola sepak Johor yang mempamerkan kain rentang (tifo) yang tertera gambar manusia berkepala anjing yang dipercayai ditujukan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semasa aksi Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Takzim dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments