Malmo, Sweden: Melakukan apa saja demi wang, begitulah kisah dua pengemis Roma yang sanggup duduk dan berdiri sambil membungkam berhadapan dengan cawan kertas di galeri seni Malmo.
Pengemis pasangan suami isteri itu dilihat berpakaian nipis dan tidak dibenarkan menuturkan sepatah perkataan apabila pelawat mendekati mereka di Malmo Konsthall, satu daripada pusat pameran seni paling besar.
Sebelum itu, Luca Lacatus dan Marcella Cheresi, mengemis di tepi jalan, namun kejadian itu disedari penganjur projek Malmo.
Sebaik terlihat Lacatus dan Marcella, dia berhasrat menggunakan mereka dalam pameran yang bertujuan menggalakkan rakyat Sweeden lebih peka terhadap ketidaksamaan dalam negara yang bakal dihujani pendatang asing tahun ini.
Namun projek itu itu menimbulkan kekecohan selepas dianggap melampau hingga galeri itu dikritik kerana dianggap memanipulasi kemiskinan.
Artis Ioana Cojocariu yang juga aktivis kumpulan hak asasi pendatang di Kesatuan Eropah memberitahu media dia mempunyai harapan yang tinggi, tetapi apabila memasuki bilik itu dia berasa seperti melihat pameran etnologi dengan badan kulit hitam diganti mayat orang miskin.
“Saya berasa artis berniat baik, namun jelas terdapat kesilapan,” katanya.
Pegawai media projek itu, Erika Li Lundqvist berkata: “Isu ini sensitif jadi tidak hairan jika menerima kritikan hebat.
“Namun saya agak kecewa ramai kritik yang menyelar pameran ini sebenarnya tidak datang sendiri melihatnya,” katanya. - Agensi
No comments
Post a Comment