Lelaki itu dijumpai dalam keadaan tidak bermaya dan kurus kering dipercayai sudah beberapa hari tidak makan dan minum.
Menurut saksi yang menjumpai mangsa, Puan Nooratikah, dalam pukul 9.15 malam dia dan suami melalui kawasan tersebut dan telah singgah di stesen minyak berjampiran tempat kejadian.
"Semasa di stesen minyak mata saya terpandang sesuatu yang sedang bergerak dibawah divider jalan dalam keadaan samar-samar kerana gelap dan mengajak suami saya pergi ke arah objek itu dengan berjalan kaki."
" Apabila sampai ke situ, tiba-tiba kaki suami saya telah dipegang oleh lelaki itu dan baru kami sedar adanya lelaki tersebut. Rasa sungguh sebak apabila melihat mangsa yang tidak bermaya dan kurus kering sebab tidak makan," katanya.
Selepas menyedari keadaan itu beliau telah menghubungi talian 999 dan cuba menahan kenderaan orang ramai yang lalu-lalang disitu untuk meminta bantuan.
" Saya cuba bertanya kenapa dengan keadaannya dan lelaki itu hanya bercakap perkataan 'Burma' beberapa kali mungkin sebab tidak tahu berbahasa Melayu," tambahnya lagi.
Dalam 15 minit kemudian pihak polis telah sampai ke tempat kejadian dan tidak menolak kemungkinan lelaki warga Myanmar ini telah ditinggalkan oleh agen pekerja haram disebabkan dia sakit sama seperti kes-kes yang berlaku sebelum ini.
Menurut anggota polis, kejadian sebelum ini di daerah itu ada terjadi dimana beberapa lelaki yang juga warga negara Myanmar telah diseksa oleh agen dengan tidak diberi makan selama tiga bulan dan hanya minum air semasa di atas kapal semasa datang ke Malaysia. Bila mereka ini sakit pihak agen akan meninggalkan mereka seperti itu saja kerana tidak mahu menanggung kos perubatan yang menyebabkan ada yang meninggal.
Lelaki itu telah dihantar oleh ambulan Persatuan Bulan Sabit Merah ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.-
No comments
Post a Comment