WASHINGTON – Selain dapat memberikan kenikmatan seksual, ternyata bercinta juga mampu membuatkan pasangan suami isteri menjadi lebih cerdas, itu kesimpulan hasil penyelidikan oleh pihak Universiti Maryland, Amerika Syarikat.
Anehnya, penemuan secara tidak sengaja itu didedahkan saintis neuro atau kaji saraf otak apabila mereka mendakwa berjaya menemui fakta yang membongkar rahsia aktiviti seks dapat melonjakkan kualiti kebijaksanaan dan daya ingatan seseorang.
Paling unik, hasil penemuan tersebut ‘dijumpai’ secara kebetulan menerusi siri rangkaian penyelidikan universiti itu yang pada asalnya adalah untuk merumuskan bahawa aktiviti seks mampu membakar banyak kalori sekali gus menguruskan lemak badan.
Kajian julung kali itu dilakukan ke atas sekumpulan tikus makmal dan hasilnya secara jelas memperlihatkan kegiatan seks memiliki peranan amat penting dalam pembentukan neuron yang terletak dalam kawasan hippocampus di bahagian otak.
Ruang pada otak itu sebenarnya bertanggung jawab dalam pembentukan memori jangka panjang dan secara saintifik, pembentukan neuron akan berkurangan jika pasangan jarang bercinta dan seterusnya melakukan hubungan seks.
“Kami menemui bukti ada penghasilan neuron terbaharu dan peningkatan tahap kemampuan kognitif pada tikus sepanjang eksperimen namun, apabila sampel uji kaji itu dibiarkan tidak buat seks selama beberapa waktu, neuron itu pun turun,” kata saintis.
Bagaimanapun, seorang pakar psikologi, Tracey Shors menulis dalam jurnal Neuroscience bahawa penemuan tersebut masih boleh dibahaskan kerana tahap kecerdasan orang yang kuat seks pada umumnya tidak istimewa atau terlalu pintar.
“Anda boleh cipta sel neuron ini dengan bersukan dan seks. Jika selaku melakukan latihan jasmani, anda dapat meningkatkan produktiviti neuron. Namun, jika seimbang antara sukan dan seks, maka kehidupan terasa lebih bahagia,” terangnya. – Agensi
No comments
Post a Comment