Shah Alam: Perselisihan faham dengan suami dipercayai menjadi punca seorang isteri terjun ke dalam Sungai Klang dalam kejadian di Jalan Kemuning Palma, Kemuning Utama, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa, Ling Siew Lin, 48, dikatakan ke sungai berkenaan sebelum terjun dan mayatnya ditemui satu kilometer dari tempat dia terjun oleh anggota bomba dan penyelamat jam 10.45 pagi, semalam.
Adik Siew Lin yang enggan dikenali berkata, kakaknya keluar rumah kira-kira jam 9 malam selepas bertengkar dengan suami, tetapi tidak diketahui arah tujunya.
“Ketika kakak hendak terjun di sungai itu, ramai orang di situ, tetapi mereka tidak sempat menghalangnya.
“Saya tidak tahu punca kakak bertengkar dengan suaminya sehingga mengambil keputusan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.
Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kejadian itu jam 10.05 malam.
“Berikutan itu, sepasukan 12 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk dari Unit Skuba Selangor bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.
“Selepas lebih 12 jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan, mayat mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa didapati hilang,” katanya ketika dihubungi semalam.
Ahmad Zaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan suami mangsa sudah membuat pengecaman mayat isterinya.
Hmetro
No comments
Post a Comment