Monty. Itulah nama yang diberikan oleh pasangan Mikala dan Micheal dari Denmark kepada seekor kucing yang diambil oleh mereka dari pusat perlindungan haiwan.
"Lebih kurang setahun lepas, kami mengambil Monthy dari pusat jagaan haiwan ketika ia masih kecil". Tuannya yang sebelum ini menjaga terlalu banyak kucing sehingga terpaksa melepaskan beberapa kucing belaannya, ini termasuklah Monty.", kata Mikala dan Michael melalui Facebook.
"Kali pertama kami bertemu dengan Monty, sudah tidak dapat disangkal lagi yang Monty akan tinggal bersama kami. Penampilannya yang sedikit berbeza membuatkannya tersangat-sangat comel, tapi personaliti yang ditunjukkan oleh Monty sangat jarang untuk ditemui di kucing lain."
Menurut Micheal dan Mikala lagi, Monty kini berkongsi bilik dengan dua ekor kucingnya yang lain dan walaupun mereka bertindak agressif terhadap Monty, Monty cuma duduk dengan tenang dan senyap, seperti tidak mahu bergaduh.
Page Monty di Facebook telah mendapat 20,000 likes dan Micheal dan Mikala berharap agar Monty dapat dijadikan 'duta' kepada kucing-kucing yang tidak sempurna yang lain
No comments
Post a Comment