Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Anjing Bertukar Keras Macam Batu Selepas Jatuh Dalam Tar
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Rajasthan:Anjing ini telah terjatuh ke dalam tar panas sebelum tar sebut mengeras dan menjadikannya keras seperti batu.

Bagaiamanapun anjing itu masih bernasib baik kerana orang ramai yang melalui di jalan tersebut di Udaipur telah menghubungi pasukan penyelamat.

Disebabkan tar tersebut telah menjadi keras, anjing berkenaan juga tidak mampu bergerak dan hanya terbaring.

Hanya matanya yang berkelip-kelip, menambahkan simpati orang ramai yang menyaksikan binatang tersebut.

Pasukan penyelamat terpaksa bekerja keras selama dua hari tanpa mengenal erti penat bagi membuang tar yang mengeras di badan anjing tersebut dan ia terpaksa dilakukan secara berhati-hati.

Kerja menyelamat itu dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) Animal Aid Unlimited yang menggunakan minyak untuk melembutkan tar tersebut dan menariknya perlahan-lahan apabila ia merekah.

Namun ia bukannya satu usaha yang mudah.

Selepas dua hari, tar itu berjaya dikeluarkan dan anjing berkenaan mampu bergerak bebas .

Animal Aid merupakan NGO yang memberikan perkhidmatan sukarelawan untuk merawat binatang yang terbiar di jalanan.

Setiap tahun, beribu-ribu binatang yang cedera dan sakit diberikan rawatan dan disediakan pusat perlindungan. ─ Daily Mai

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments