Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Remaja Perempuan Lalok Terpaksa Diangkat Masuk Van Penguatkuasa JHEAINS
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SEREMBAN –  Walaupun telah dikejut berulang kali, namun dipercayai lalok dengan bahan terlarang, seorang remaja perempuan tingkatan lima terbaring tanpa sedarkan diri di Dataran Seremban di sini.

Malah, ibu bapanya yang dimaklumkan perkara itu terpaksa meminta bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk membawa anaknya ke Hopsital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, berikutan bimbang keadaan bertambah buruk.

Remaja terbabit antara 12 yang diperiksa oleh Bahagian Penguatkuasa JHEAINS dalam pemeriksaan dilakukan di lokasi berkenaan jam 10 malam kelmarin.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, ketika pemeriksaan tersebut, didapati kumpulan remaja lelaki dan perempuan berusia seawal 16 tahun hingga 20-an itu sedang leka menghidu gam dan meminum minuman keras.

“Kami dapati sebahagian daripada mereka  memegang bungkusan plastik dipercayai berisi gam, selain terdapat botol-botol arak bersepah di kawasan itu.

“Manakala remaja perempuan berkenaan dilihat terbaring tanpa sedarkan diri walaupun cuba dikejutkan beberapa kali,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan remaja terbabit terpaksa diangkat masuk ke dalam van penguatkuasa berikutan bimbang berlaku sesuatu tidak diingini terhadapnya.

Ahmad Zaki berkata, ibu bapa remaja itu yang datang ke bahagian penguatkuasa setelah dihubungi, cuba mengejutkannya namun dia masih tidak sedarkan diri.

“Ibu bapanya yang tinggal di sekitar daerah ini datang dengan menaiki motosikal terpaksa meminta bantuan kami untuk membawa anaknya ke HTJ kerana bimbang keadaan remaja terbabit.

“Manakala pada pemeriksaan tersebut empat remaja lelaki yang diperiksa, ditahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana didapati mengambil minuman memabukkan yang mensabitkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu katanya, ibu bapa dinasihatkan agar memantau pergerakan anak-anak khususnya golongan remaja agar tidak terjerumus dengan perkara tidak sepatutnya yang boleh merosakkan masa depan mereka kelak.


Sumber: Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments