Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Zara Zya Enggan Ulas Gosip Intim Dengan Fahrin Ahmad
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya menganggap dakwaan kononnya hubungannya dengan aktor Fahrin Ahmad yang dilihat semakin mesra hanya gosip biasa.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan ketika ditanya lanjut mengenai perkara itu.

"Saya tiada komen dan itu hanya gosip biasa sahaja," katanya ringkas menerusi aplikasiWhatsapp kepada mStar Online pada Ahad.



Sebuah akhbar mingguan dalam ruangan gosipnya melaporkan kedua-dua pelakon itu kelihatan mesra kerana sering berbalas komen di laman sosial Instagram milik Zara.

Malah ada beberapa gambar yang dimuat naik oleh Zara turut dikomen oleh Fahrin dan peminat juga seakan-akan gembira melihat keakraban mereka berdua.

Dalam pada itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kepastian lanjut mengenai hubungan sebenar pasangan berkenaan bagaimanapun tidak dibalas pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant itu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments