Klang: “Kejadian berlaku terlalu pantas. Tiba-tiba badan dan tangan
terasa sakit selepas menyedari ditetak seorang daripada lelaki itu.
Walaupun merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu, lelaki itu tidak
peduli dan terus menghayunkan parang.
“Ketika kejadian, ada kira-kira 15 pelanggan sedang leka melayari
Internet dan bermain permainan komputer sebelum lelaki bersenjatakan
parang itu menetak kami seperti orang hilang akal,” kata seorang mangsa
kejadian serangan di sebuah kafe siber di Bayu Perdana dekat sini, awal
pagi Khamis lalu.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di belakang
badan, tangan kanan dan kiri serta kepala akibat ditetak dengan parang.
Walaupun terpaksa menerima kira-kira 40 jahitan, lelaki berusia 26 tahun itu bersyukur kerana nyawanya masih panjang.
Walaupun terpaksa menerima kira-kira 40 jahitan, lelaki berusia 26 tahun itu bersyukur kerana nyawanya masih panjang.
Menurutnya, doktor yang merawatnya mengesahkan kecederaan dialami
dapat dirawat sepenuhnya, namun mengambil masa untuk pulih terutama
tangan kanan yang perlu dimasukkan besi.
Katanya, dia akan pulang ke kampungnya di Sandakan, Sabah untuk berehat seketika dan memulihkan kecederaan dialami.
Katanya, dia akan pulang ke kampungnya di Sandakan, Sabah untuk berehat seketika dan memulihkan kecederaan dialami.
No comments
Post a Comment