Alor Gajah: Malang buat seorang nenek apabila dia cedera dihentak
cucunya yang tiba-tiba mengamuk dalam kejadian di rumah mereka di
Kampung Baru, Kuala Sungai Baru, dekat sini, Selasa lalu.
Malah, lelaki lembam berusia 20 tahun yang dikategorikan sebagai
orang kurang upaya (OKU) itu turut merosakkan peralatan dalam rumah
sebelum membakar bilik neneknya.
Difahamkan, lelaki itu yang hilang sejak Mei lalu ditemui merayau di
Kemaman, Terengganu sebelum dihantar pulang ke rumah neneknya pada jam
10 malam, Isnin lalu.
Mangsa, Salmah Mohamad, 64, berkata, dia gembira selepas cucunya yang hilang tanpa dapat dikesan itu dihantar pulang ke rumahnya.
Mangsa, Salmah Mohamad, 64, berkata, dia gembira selepas cucunya yang hilang tanpa dapat dikesan itu dihantar pulang ke rumahnya.
“Saya sungguh gembira apabila cucu dihantar pulang menggunakan van
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman dalam keadaan sihat sebelum
dia tertidur di ruang tamu.
“Selepas melihatnya tertidur, saya masuk tidur di dalam bilik, namun pada jam 2 pagi, saya menyedari cucu berdiri berhampiran sebelum dia menghayunkan topi keledar ke arah saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
No comments
Post a Comment