Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Penunggang Motor Maut Dirempuh Lori
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Ipoh: Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaannya dirempuh sebuah lori yang terbabas di Jalan Pasir Puteh, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Lee Boon Ken, 28, maut di tempat kejadian dan pemandu lori turut cedera parah.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, pemandu lori terbabit cedera akibat bahagian depan kenderaannya remuk selepas merempuh motosikal mangsa dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan.

“Akibat daripada rempuhan kuat itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian dan pemandu lori pula cedera.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan, bagaimanapun identitinya masih belum dikenal pasti setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berpunca dari lori berkenaan yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Simpang Pulai, di sini, yang terbabas lalu memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

“Siasatan lanjut berhubung kemalangan maut itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments