Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Punca Sharifah Aini DiTahan Di ICU
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Jika pada hujung Mei lalu, Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini pernah dimasukkan ke wad ICU gara-gara jangkitan H1N1, terbaru beliau sekali lagi dikejarkan ke ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor akibat jangkitan pada paru-paru. 



Difahamkan, Sharifah Aini yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 61 pada hari ini, dibawa ke pusat perubatan berkenaan oleh anaknya Aliff Omar Ali pada pagi semalam selepas mengalami kesukaran bernafas. 




"Buat masa ini Sharifah Aini tidak dibenarkan menerima lawatan mana-mana tetamu melainkan ahli keluarga terdekatnya sahaja," ujar rakannya Aishah Ali dipetik sebagai berkata. 

Selanjutnya, doktor turut memaklumkan Aishah bahawa penyakit fibrosis paru-paru Sharifah Aini dipercayai berlaku akibat gangguan imun pesakit dimana antibodi yang dihasilkan oleh darah putih pesakit menyerang paru-paru sendiri. 






Keadaan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru yang mengakibatkan lama-kelamaan terjadinya penyakit tersebut yang menyebabkan penyerapan oksigen tidak efisyen. 

Bagi yang masih ingat, Sharifah Aini sebelum ini pernah berkata beliau reda jika dijemput Allah selepas 28 hari dirawat di hospital akibat penyakit paru-parunya. 

Beliau meluahkan perasaannya itu menerusi Facebook miliknya di mana beliau meminta agar seluruh peminat mendoakan kesejahteraannya selain menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau sudah tiada. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments