Hari ini, antara cara berkesan untuk berniaga adalah menggunakan laman sosial terutama blog, Facebook dan Instagram kerana ia lebih murah namun masih mampu mencapai golongan sasaran pembeli dengan berkesan.
Bagaimanapun dari hari ke hari, peniaga online muncul bagai cendawan selepas hujan. Tak cukup dengan persaingan sesama sendiri, peniaga tudung contohnya terpaksa pula bersaing dengan jenama terkenal yang sedia kukuh di pasaran.
Daripada satu segi perniagaan tudung yang semakin rancak amat baik kerana ia melambangkan peningkatan muslimah yang menutup aurat di Malaysia walaupun ada juga isu sesetengah tudung kelihatan tidak mengikut syariat – inilah yang dijadikan modal seorang peniaga tudung online untuk menyelar tudung jenama terkenal, Fareeda.
Sekiranya niat hati peniaga online ini benar-benar untuk menyedarkan wanita muslimah di luar sana baguslah, tapi kalau ia bertujuan menaikkan jualan dengan memburukkan produk lain apa pula hukumnya ya?
Lagi pun setahu kami, tudung Fareeda ada juga yang dijual labuh hingga menutup dada manakala pengguna tudung bawal pula ada yang menggayakan tudung besar ini dalam keadaan singkat hingga tidak menutup aurat seperti sepatutnya.Jadi isu tudung menutup aurat atau tidak ini pada kami terletak pada si pemakai, bukan jenama tudung tertentu. Tak gitu? #mynewshub
No comments
Post a Comment